Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti perlindungan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.
Misi kami ialah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan ekploitasi harta intelek (HI).
Seiring dengan pembangunan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berorientasikan penghasilan kerja bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur.
1. PAKAR TEKNOLOGI MAKLUMAT IP6
2. PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN IP8
3. PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN & PENTADBIRAN IP10
4. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN (PERKERANIAN /OPERASI) IP12
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
Kami menawarkan faedah dan ganjaran yang kompetitif. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi yang boleh dimuat turun melalui laman web kami dan menyerahkan borang-borang tersebut bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini selewat-lewatnya 10 Ogos 2012 kepada :
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p. : Seksyen Sumber Manusia)
Tarikh Tutup Permohonan Pada 10 Ogos 2012