Subscribe via email

MASUKKAN EMAIL ANDA UNTUK SUBSCRIBE SENARAI JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA TERKINI :

Delivered by FeedBurner

Friday, August 10, 2012

Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling, Kedah - Ogos 2012





Adalah dimaklumkan bahawa permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Tinggal di negeri kedah) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Majlis Daerah Baling seperti berikut:-



1. Penolong Pegawai Penguatkuasa

2. Pembantu Pertanian

3. Pekerja Awam



MUAT TURUN SYART KELAYAKAN



Cara Memohon:-

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDB/2012 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia dengan bayaran RM3.00 atau memohon secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11sm x 25sm dan bersetem 60 sen beserta wang pos Rm3.00.



(b) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah AM Bab "A" dan pastikan Laporan Prestasi Tahunan terkini disertakan.




(c) setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-



i. Gambar berukuran paspport

ii. Salinan Sijil Kelahiran

iii. Salinan Kad Pengenalan

iv. Salinan Sijil peperiksaan

v. Lain-lain Sijil yang berkaitan.



(d) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.



Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:



YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH BALING,

09100 BALING.




Sila tuliskan 'Nama Jawatan' di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan.




Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Ogos 2012