Subscribe via email

MASUKKAN EMAIL ANDA UNTUK SUBSCRIBE SENARAI JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA TERKINI :

Delivered by FeedBurner

Thursday, August 9, 2012

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)





Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada
peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.



1. Pegawai Tadbir Gred N41

2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)Gred N17

5. Penolong Pegawai Wakaf Gred LS41

6. Ahli Fotografi Gred B17

7. Juruaudio Visual Gred N17

8. Pembantu Am Pejabat Gred N1




MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN



Cara Memohon:-

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.



ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.



iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.



iv) Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:




YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

15200 KOTA BHARU.





Tarikh Tutup Permohonan Pada 23hb. Ogos, 2012